| Topics | | | | | |
|:-------------------------- | :------------------------------- | :------------------------------- | :------------------------------- | :------------------------------- | :------------------------------- |
| Passover Evidence | [Malay](/yeWdhpNMRmK3jEbXNuJ6bQ) | [Indonesian] | [Tamil] | [Chinese] | [Hakha] |
| Sabbath Evidence | **Malay** |[Indonesian](/Cqq7_OUcQdaf-gfBHJNWaA)| [Tamil](/orTzneO1SAqK4Smm_oB_dw) | [Chinese](/kN4gZwAyTT-QThg2mrQizA) | [Hakha](/eSwCW-8hRC6r2M0jYmVRfg) |
| Cross Evidence | [Malay](/qjVPaFH_QOu0BLtxz4RHDA) | [Indonesian] | [Tamil] | [Chinese](/h7WotlJVRfG7HiiWHdPToA) | [Hakha] |
| Christmas Evidence | [Malay](/Q_VB2VHgRa2SCq3JRwM4zw) | [Indonesian] | [Tamil] | [Chinese] | [Hakha] |
| Idolatry Evidence | [Malay](/nr2ndhsZQjWB-nge30s93A) | [Indonesian] | [Tamil] | [Chinese] | [Hakha] |
| Veil Evidence | [Malay](/7ia31mavQyaF6okotaHJ5w) | [Indonesian] | [Tamil] | [Chinese] | [Hakha] |
| Daniel Evidence | [Malay](/-3sdVUX-SRSOem42ZMFuOg) | [Indonesian] | [Tamil] | [Chinese] | [Hakha] |
| Revelation Evidence | [Malay](/xChqVDDNRJ6kkjkvVoclOw) | [Indonesian] | [Tamil] | [Chinese] | [Hakha] |
| The Bible is Fact Evidence | [Malay](/zrx0VwJXSb-T--EvGLg7oA) | [Indonesian] | [Tamil] | [Chinese](/TSTbaS2QTa-A2PFcNZy4Rg) | [Hakha] |
# Sabbath Day Evidence(Malay Version)
**Contents**[ToC]
## *Kamus Ringkas Oxford - Pencetakan Universiti Oxford, 1995; Kamus Perguruan Merriam Webster - Merriam Webster Inc, 1995*
**Ahad**: *==Hari pertama==* dalam satu minggu.
**Sabtu**: *==Hari ketujuh==* dalam satu minggu, berikutan hari Jumaat.
## *The Faith of Our Fathers <font color="#2554C7">[Iman Bapa-Bapa Kami]</font>, m/s 72-73 - James Cardinal Gibbons, 1980*
"Janganlah menyebut contoh lain, bukankah setiap umat Kristian wajib menguduskan hari Ahad dan dilarang daripada melakukan kerja yang tidak perlu? Bukankah pematuhan hukum ini antara tugas-tugas kudus kita yang paling utama? Tetapi walaupun anda membaca Alkitab dari buku Kejadian sehingga Wahyu, anda tidak akan menjumpai satu baris ayat pun yang menguatkuasakan pengudusan hari Ahad. **==Kitab Suci menguatkuasakan pematuhan hari Sabtu==**, hari yang tidak pernah kita kuduskan."
## *A History of the Early Church to A.D. 500 <font color="#2554C7">[Sejarah Gereja Awal Hingga 500 M]</font>, m/s 131-132 - J.W.C. Wand, Routledge, 2006*
Adalah berkemungkinan bahawa Constantine berniat sengaja untuk memihak kepada Gereja, tetapi walaupun demikian, adalah penting untuk menenangkan orang-orang kafir. Akibatnya, dasar yang disepakati di Milan adalah pengiktirafan mengenai kesamaan agama. Tetapi ketika pemerintahannya berlangsung, Konstantin semakin menyokong orang-orang Kristian, dan seseorang dapat menyimpulkan bahawa tujuannya adalah untuk **==menjadikan agama Kristian sebagai bahan yang menyatukan seluruh Empayar==**...
...Tetapi, bukti yang paling ketara mengenai dasar ini boleh didapati dalam **==keputusan 321 M yang mengaturkan pemerhatian hari Ahad==**. Ketetapan itu **==meletakkan Hari Tuhan pada tahap perayaan yang sama dengan perayaan-perayaan pagan==** dan menandakannya dengan pemberhentian kerja. Walaubagaimanapun, apa yang perlu diperhatikan ialah bahawa ==**hari Ahad tidak dipanggil oleh orang Kristian tetapi hanya sebagai dies venerabilis solis (Hari yang terpuji untuk matahari), dan tiada orang kafir yang dapat membantahnya**==.
## *A Critical History of Sunday Legislation <font color="#2554C7">[Sejarah Kritikal Perundangan Hari Ahad]</font> - A. H. Lewis, D. Appleton and Company, 1888*
**==Perundangan sebegini tidak berasal dari Zaman Para Rasul==** ... **==Hari Ahad==** hanya disebut oleh nama kafirnya, "**==hari yang terpuji untuk matahari==**." Tidak ada yang dikatakan berkaitan dengan agama Kristian. Tidak ada jejak idea perayaan Hari Kebangkitan muncul. Tidak ada rujukan mengenai Perintah Keempat atau Sabat, atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Undang ini dibuat untuk semua kerajaan.
## *The History of Christianity <font color="#2554C7">[Sejarah Agama Kristian]</font>, Vol. II - Henry Hart Milman, London, 1903*
Pegumuman rasmi yang memerintahkan perayaan Sabat Kristian tidak mempunyai rujukan kepada kesuciannya yang istimewa sebagai institusi Kristian. **==Hari ini [Hari Ahad] adalah hari Matahari yang harus diperhatikan oleh penghormatan umum.==** Mahkamah harus ditutup, dan kebisingan dan kekacauan dari urusan publik dan proses pengadilan tidak lagi melanggar ketenagan hari suci ini.
## *The History of Christianity <font color="#2554C7">[Sejarah Agama Kristian]</font>, Tim Dowley, Lion Pulishing, 1994*
 *Penyembahan matahari berlanjutan di Agama Kristian Roma. Kristus ditunjukkan sebagai tuhan matahari yang menaik langit dalam kereta kudanya di siling mosaik Roma pada abad ketiga.*
Konstantine masih mengekalkan gelaran paderi besar kafir, iaitu "Pontifex Maximus", dan selama satu dekad, duit syilingnya memaparkan beberapa dewa kafir secara berterusan, terutamanya dewa kegemarannya sendiri, iaitu Matahari yang Tidak Terkalahkan . . . Adalah penting untuk faham bahawa agama Konstantin sebelum ini ialah penyembahan Matahari yang Tidak Terkalahkan . . . Konstantin bersambung untuk mengenal pasti matahari dengan Tuhan Kristian dalam beberapa cara --- satu kepercayaan yang dipermudahkan bagi penulis Kristian dan artis untuk meggunakan citra matahari dalam menggambarkan Kristus.
## *Acceptance and Conquest <font color="#2554C7">[Penerimaan dan Penaklukan]</font>: Worship and the Christian Year <font color="#2554C7">[Penyembahan dan Tahun Kristian]</font>, m/s 152 - Michael A. Smith*
**==Konstantin mengarahkan hari Ahad untuk dijadikan sebagai cuti umum==** yang serupa dengan cuti Roma yang lain. Hal ini memungkinkan perkembangan yang lebih luas dalam ibadah dan kongregasi yang lebih besar di gereja-gereja.
***"Semua hakim, warga kota dan para tukang harus berehat pada hari Matahari yang mulia... (7 Mac 321)" --- Pengumuman rasmi Konstantin***
## *The Faith of Millions <font color="#2554C7">[Iman Berjuta-juta Orang]</font> - John A. O'Brien, Our Sunday Visitor Inc, 1974*
Tetapi memandangkan **==hari Sabtu, bukan hari Ahad, yang dinyatakan di dalam Alkitab==**, bukankah ganjil kalau orang bukan Katolik yang mengaku mengambil agama meraka secara langsung daripada Alkitab dan bukan dari Gereja, memperhatikan hari Ahad dan bukan hari Sabtu?
. . . Saya sudah membaca seluruh Alkitab dari ayat pertama di buku Kejadian hingga ayat terakhir di buku Wahyu, dan tidak mendapati rujukan kepada permerhatian hari Ahad. **==Hari yang disebutkan dalam Alkitab bukan hari Ahad, hari pertama di seminggu tetapi hari Sabtu, hari terakhir di seminggu.==**
## Pengakuan Katolik Roma dan Protestan Mengenai Hari Ahad
### *Presbiterian: 《Wacana dalam Enam Dialog Tentang Nama, Pengertian dan Peringatan Hari Tuhan》- Thomas Morer, 1701, m/s 22-23*
#### **"Hari Ahad membuat orang-orang kafir gembira"**
- "...**==Hari Ahad adalah hari di mana orang-orang kafir sangat memuja planet itu, dan memanggilnya hari Ahad.==** Sebahagian daripada alasannya adalah terutama pengaruhnya pada hari itu, dan sebahagian berkenaan dengan Tubuh Ilahi (seperti yang mereka fikirkan), orang-orang Kristian berasa sesuai untuk memperhatikan hari yang sama dan nama yang sama, supaya mereka tidak nampak kesal tanpa alasan dan dengan menghalang penukaran oleh orang-orang kafir, lalu membawa prasangka yang lebih besar daripada yang mungkin diambil terhadap injil."
### *Methodist: 《Khutbah Pada Beberapa Peristiwa Vol.1》 - John Wesley, 1831, m/s 266*
#### **"Yesus tidak memansuhkan undang-undang moral - tiada perintah untuk memperhatikan hari pertama secara suci"**
- "Undang-undang moral yang terkandung dalam Sepuluh Hukum dan dikuatkuasakan oleh para nabi, **==Dia [Yesus] tidak menyingkirkan (Sepuluh Hukum)==**. Ini bukanlah rancangan kedatangan-Nya untuk mencabut mana-mana bahagian ini. Inilah undang-undang yang tidak sekalipun boleh dilanggar . . .Semua bahagian dalam undang-undang ini harus tetap berkuatkuasa ke atas seluruh umat manusia, dan di setiap zaman: tidak bergantung pada masa atau tempat, atau apa-apa keadaan lain yang boleh berubah: tetapi pada sifat Tuhan dan sifat manusia, serta hubungan mereka yang tidak dapat berubah antara satu sama lain."
### *Church of England: 《Reka Bentuk, dan Pemenuhan Hari Sabat Yahudi》, 1832*
#### **"Tiada bukti dari kitab suci untuk perubahan hari Sabat dari hari Sabtu ke hari Ahad"**
- "**==Dia [Yesus] dan murid-murid-Nya tidak menetapkan hari Sabat yang lain untuk menggantikan ini==**, seolah-olah mereka hanya bertujuan untuk beralih hari itu dan memindahkan kehormatan ini ke waktu lain --- doktrin mereka dan amalan mereka adalah bertentangan secara langsung dengan yang baru. Adalah benar dalam beberapa jangka masa, sebagai penghormatan kepada kebangkitan-Nya, gereja mengasingkan hari Dia bangkit untuk upacara kudus: tetapi ini adalah atas kewibawaan mereka sendiri yang kita boleh dengar, dan tanpa perintah dari atas, lebih daripada perintah am yang diberikan Tuhan kepada gereja-Nya --- bahawa semua hal di dalamnya dilakukan secara baik dan teratur."
### *Congregationalist: 《Theology, Vol.3》, Timothy Dwight, 1823, m/s 258-259*
#### **"Sabat Kristian [Ahad] tiada dalam Kitab Suci"**
- ". . . **==Sabat Kristian [Ahad] tiada dalam Kitab Suci, dan bukan hari Sabat daripada Gereja primitif [Kristian awal]==** . . ."
### *Institut Alkitab Moody: 《Weighed and Wanting》, Dwight. L. Moody, 1898, m/s 46-47*
#### **"Hari Sabat adalah sebelum Sinai"**
- "Saya percaya bahawa perintah ini [perintah Sabat] tidak boleh ditarik balik seperti dahulu. Saya sudah berbicara dengan orang yang menyatakan perintah ini sudah dimansuhkan, tetapi mereka tidak pernah dapat menunjukkan mana-mana di dalam Alkitab yang memberitahu Tuhan membatalkannya. Semasa Kristus masih di atas bumi, Dia tidak buat apa-apa untuk membatalkannya. Dia membebaskannya dari jejak-jejak di mana para ahli kitab dan orang Farisi meletakkannya, dan memberikannya tempat yang sebenar."Hari Sabat dibuat untuk manusia, bukan manusia untuk hari Sabat."Hari Sabat masih praktik dan penting untuk manusia pada zaman ini seperti sebelumnya --- sebenarnya, lebih daripada sebelumnya, kerana kita hidup di zaman yang tegang.
- Hari Sabat [Hari Ketujuh] adalah wajib di Eden, dan tetap berkuatkuasa sejak masa itu. Perintah Keempat ini bermula dengan perkataan,"Ingatlah,"lalu menunjukkan bahawa hari Sabat sudah muncul semasa Tuhan menulis undang-undang ini pada tablet batu di Sinai. Bagaimanakah manusia boleh mendakwa bahawa perintah ini telah dihapuskan, sebaliknya mengaku bahawa sembilan perintah lain masih berkuatkuasa?"
### *Disciples of Christ: 《Pembaptis Kristian》, Alexander Campbell, 1835, m/s 44*
#### **Semua ini adalah cerita dongeng isteri tua untuk bercakap mengenai 'perubahan Hari Sabat'**
- "Kalau Sepuluh Perintah masih ada, marilah kita memperhatikannya . . . Dan kalau ia tidak muncul, marilah kita meninggalkan peringatan palsu hari lain. "Tetapi," ada orang kata, "hari ini diubahkan dari hari ketujuh ke hari pertama." Di mana? Bila? dan oleh siapa? Tiada sesiapa pun boleh menjawab. Tidak, **==hari ini [Hari Sabat] tidak pernah dan boleh diubah==**, melainkan proses penciptaan dilalui sekali lagi: alasan yang diberikan [dalam Kejadian 2:1-3] harus ditukar sebelum pemerhatian atau apa-apa yang berkenaan dengan alasan ini boleh ditukar. **==Semua ini adalah cerita dongeng isteri tua untuk bercakap mengenai perubahan Hari Sabat dari hari ketujuh ke hari pertama==**. Sekiranya hari ini diubah, ini adalah orang yang agung yang menukarkan masa and undang-undang, . . . saya berasa namanya ialah doktor antikristus."